Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawab melantik Anggota Perkhidmatan Pendidikan ke dalam perkhidmatan awam. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa melalui MySPP bagi jawatan-jawatan berikut:

 Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
BilJawatanTempat BertugasSyarat PermohonanMaklumat Lanjut
1. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred19 Institusi - institusi Pendidikan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia 1. Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam   

  a) Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM seperti berikut:

      i) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

     ii) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut- turut; dan

 b) Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.

2. Kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

  a) Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM seperti berikut:

     i) mata pelajaran Bahasa Melayu (kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan     

    ii) kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.

  b) Senarai kursus yang bersesuaian untuk pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan SVM boleh dirujuk di Laman Web EZSkim di pautan  berikut: Senarai Kursus SVM

3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Senarai jawatan Gred 19 yang ditawarkan melalui MySPP:

BilNama JawatanGredSPM/SVM
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 SPM
2. Pembantu Tadbir(Kewangan) W19 SPM
3. Penyelia Asrama N19 SPM
4. Pembantu Pengurusan Murid N19 SPM/SVM
5. Pegawai Khidmat Pelanggan N19 SPM
6. Pembantu Makmal C19 SPM
Maklumat lanjut jawatan AKP seperti di pautan berikut: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)N19
Pembantu Tadbir(Kewangan) W19
Penyelia Asrama N19
Pembantu Pengurusan Murid N19
Pegawai Khidmat Pelanggan N19
Pembantu Makmal C19
2. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 11 Institusi - institusi Pendidikan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia 1. Kelayakan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PT3/PMR/SRP, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PT3/PMR/SRP berikut:

Mata PelajaranSyarat Minimum Gred PT3Syarat Minimum Gred PMRSyarat Minimum Gred SRP
Bahasa Melayu Kepujian (Gred C) Kepujian (Gred C) Kepujian (Gred 6)
Matematik Lulus (Gred E) Lulus (Gred D) Lulus (Gred 7 atau 8)
Tiga (3) mata pelajaran lain Lulus (Gred E) Lulus (Gred D) Lulus (Gred 7 atau 8)

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Senarai jawatan Gred 11 yang ditawarkan melalui MySPP:

BilNama JawatanGred
1. Pembantu Operasi N11
2. Pemandu kenderaan H11
Maklumat lanjut jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 11 seperti di pautan berikut: Pembantu Operasi N11
Pemandu Gred 11