Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Fungsi Urus Setia Cawangan

Melaksanakan urusan pengambilan di Sarawak seperti berikut:

  • Menguruskan permohonan dan urusan temu duga
  • Menguruskan tawaran pelantikan
  • Menyediakan maklumat berhubung penyiaran iklan permohonan sepanjang masa bagi jawatan yang berkaitan
  • Memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim perkhidmatan

Melaksanakan urusan perkhidmatan di Sarawak seperti berikut:

  • Menguruskan Pengesahan Pelantikan
  • Menguruskan Pengesahan Dalam Perkhidmatan
  • Menguruskan Pelanjutan Tempoh Percubaan
  • Menguruskan Pemberian Taraf Berpencen
  • Menguruskan Pelantikan secara Pertukaran Sementara / Pertukaran Tetap / Peminjaman
  • Menguruskan Penamatan Perkhidmatan
  • Menguruskan Pertukaran Pelantikan
  • Memberikan khidmat nasihat bagi pengurusan kes-kes perkhidmatan kepada pihak jabatan dan sekolah

Menguruskan hal ehwal pentadbiran cawangan dan sokongan logistik seperti berikut:

  • Menguruskan hal-ehwal perkhidmatan, pengurusan personal, pengurusan prestasi dan tatatertib
  • Merancang, melaksanakan dan memantau program latihan dalaman dan luaran
  • Menguruskan kewangan cawangan
  • Menguruskan aspek pentadbiran am pejabat, pengurusan aset, keselamatan, penyelenggaraan, keperluan logistik dan perhubungan awam
  • Menyelaras pelaksanaan modul / submodul aplikasi HRMIS

Melaksanakan aktiviti pengurusan maklumat seperti berikut:

  • Memastikan keselamatan dan kawalan ICT serta pematuhan terhadap Dasar Keselamatan ICT (DKICT) di peringkat cawangan
  • Merancang dan menguruskan rangkaian dan aset fizikal ICT
  • Memberi khidmat sokongan teknikal kepada warga kerja dan pemegang taruh yang menggunakan aplikasi perkhidmatan SPP