Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Menyediakan prasarana dan khidmat sokongan ICT bagi menyokong pelaksanaan fungsi SPP.

Fungsi Bahagian

Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan seperti yang berikut:-

  • Membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) SPP;
  • Membangun dan memantau pematuhan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) SPP;
  • Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi SPP;
  • Membangun dan menyelenggara Portal SPP;
  • Memastikan keselamatan dan kawalan ICT terjamin;
  • Merancang dan melaksanakan perolehan ICT;
  • Merancang dan melaksanakan latihan penggunaan sistem aplikasi SPP;
  • Merancang dan mengurus aset ICT SPP;
  • Menguruskan pusat data SPP; dan
  • Menyediakan khidmat bantuan teknikal berkaitan ICT

Piagam Pelanggan BPM

  • Memastikan ketersediaan capaian kepada Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan beroperasi sekurang-kurangnya 95%.
  • Memastikan capaian kepada aplikasi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Pendidikan (MySPP) beroperasi sekurang-kurangnya 95%.
  • Memberi maklum balas berkaitan aduan dan nasihat teknikal ICT kepada warga SPP sekurang-kurangnya dalam tempoh satu (1) hingga 14 hari bekerja bergantung kepada tahap kompleksiti.
  • Memastikan permohonan penambahbaikan sistem aplikasi sediada oleh warga SPP diselesaikan dalam tempoh 1 – 90 hari bekerja bergantung kepada tahap kompleksiti penambahbaikan.

Klasifikasi Aduan:

  1. Rendah : 1-3 hari
  2. Sederhana : 1-7 hari
  3. Kritikal : 1-14 hari

Klasifikasi Penambahbaikan:

  1. Rendah : 1-14 hari
  2. Sederhana : 15-30 hari
  3. Kritikal : 1-3 bulan