Alat Kebolehcapaian

 
webmel
  • SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.
    1 Januari 1974
    SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
    SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.
    Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
    Kini

  • VISI

    Pihak berkuasa melantik yang berwibawa dan mampan bagi perkhidmatan pendidikan.

    MISI

    Melantik bakat yang terbaik berteraskan sistem pengurusan yang holistik.

    OBJEKTIF

    Memastikan kuasa-kuasa di bawah perkara 144 (1) perlembagaan persekutuan dalam urusan pelantikan, perkhidmatan, tatatertib dan naik pangkat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif.

  • Suruhanjaya bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :

    Melantik

    Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.

    Mengesahkan

    Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.

    Memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen

    Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.

    Menaikkan Pangkat

    Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.

    Menukarkan

    Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.

    Menjalankan kawalan tatatertib

    Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.
  • Dasar Kualiti : SPP Adalah Komited Terhadap Usaha Penambahbaikan Yang Berterusan Bagi Mencapai Harapan Pelanggan

    Slogan Q : Dinamik, Efektif dan Berintegriti

    Kod Etika :

    Kod Etika