Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawab melantik Anggota Perkhidmatan Pendidikan ke dalam perkhidmatan awam. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa melalui MySPP bagi jawatan-jawatan berikut:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 dan DG5
BilJawatanTempat BertugasSyarat PermohonanMaklumat Lanjut
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG5 dan DG9 Institusi - institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 

Syarat Umum

a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Syarat Khusus Gred DG5

a) Diploma dalam bidang Perguruan;atau
b) Diploma dalam bidang berkaitan serta Sijil Kursus Perguruan Lepasan Diploma

Syarat Khusus DG9

a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan.
b) Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.
c) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.
d) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.
Maklumat lanjut jawatan PPP Gred DG5 dan DG9 seperti di pautan berikut: PPP Gred DG5 dan DG9