Bahagian Dasar Dan Perancangan
Bertanggungjawab untuk memberikan khidmat sokongan bagi memastikan semua tugas yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta menepati prinsip-prinsip dan peraturan yang ditetapkan.
Fungsi Bahagian
- Mengkaji dan memantau pelaksanaan dasar dan peraturan berkaitan urusan pengambilan, perkhidmatan dan tatatertib di SPP;
- Bertanggungjawab ke atas semua urusan Parlimen berkaitan SPP;
- Menyedia dan memantau pelaksanaan pelan perancangan strategik SPP;
- Menyelaras dan memantau Outcome Based Budget (OBB) SPP;
- Menyelaras dan menyediakan Laporan Tahunan SPP; dan
- Mengumpul keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Suruhanjaya, Mesyuarat Jemaah Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Peguam Negara.
Bahagian Pengambilan
Bertanggungjawab menguruskan pelantikan tetap bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).
Fungsi Bahagian
- Menguruskan permohonan dan urusan temu duga;
- Menguruskan tawaran pelantikan;
- Menyediakan maklumat berhubung penyiaran iklan permohonan sepanjang masa bagi jawatan yang berkaitan; dan
- Memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim perkhidmatan.
Bahagian Perkhidmatan
Bahagian Perkhidmatan bertanggungjawab menguruskan urusan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia seperti yang berikut:
- Pengesahan Pelantikan Tetap;
- Pengesahan Dalam Perkhidmatan;
- Pelanjutan Tempoh Percubaan;
- Pemberian Taraf Berpencen;
- Penamatan perkhidmatan;
- Pertukaran pelantikan;
- Pelantikan secara pertukaran sementara/ peminjaman/ pertukaran tetap;
- Pelantikan kontrak;
- Kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulu.
Piagam Pelanggan
Keputusan urusan perkhidmatan dimaklumkan tidak lewat daripada enam minggu dari tarikh perakuan lengkap diterima.
Bahagian Naik Pangkat Dan Tatatertib
- Melaksanakan urusan-urusan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja dan turun pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred 41 dan ke atas.
- Menguruskan rayuan tatatertib Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
- Menguruskan kenaikan pangkat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM).
- Menguruskan rayuan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Peraturan-Peraturan yang Berkaitan
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - [P.U.(A) 395]
- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1994 - [P.U.(A) 458]
- Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran 2010 - [P.U.(A) 24]
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2002 - [P.U.(A)1]
Bahagian Pengurusan Maklumat
Menyediakan prasarana dan khidmat sokongan ICT bagi menyokong pelaksanaan fungsi SPP.
Fungsi Bahagian
Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan seperti yang berikut:-
- Membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) SPP;
- Membangun dan memantau pematuhan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) SPP;
- Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi SPP;
- Membangun dan menyelenggara Portal SPP;
- Memastikan keselamatan dan kawalan ICT terjamin;
- Merancang dan melaksanakan perolehan ICT;
- Merancang dan melaksanakan latihan penggunaan sistem aplikasi SPP;
- Merancang dan mengurus aset ICT SPP;
- Menguruskan pusat data SPP; dan
- Menyediakan khidmat bantuan teknikal berkaitan ICT
Piagam Pelanggan BPM
- Memastikan ketersediaan capaian kepada Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan beroperasi sekurang-kurangnya 95%.
- Memastikan capaian kepada aplikasi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Pendidikan (MySPP) beroperasi sekurang-kurangnya 95%.
- Memberi maklum balas berkaitan aduan dan nasihat teknikal ICT kepada warga SPP sekurang-kurangnya dalam tempoh satu (1) hingga 14 hari bekerja bergantung kepada tahap kompleksiti.
- Memastikan permohonan penambahbaikan sistem aplikasi sediada oleh warga SPP diselesaikan dalam tempoh 1 – 90 hari bekerja bergantung kepada tahap kompleksiti penambahbaikan.
Klasifikasi Aduan:
- 1. Rendah : 1-3 hari
- 2. Sederhana : 1-7 hari
- 3. Kritikal : 1-14 hari
Klasifikasi Penambahbaikan:
- 1. Rendah : 1-14 hari
- 2. Sederhana : 15-30 hari
- 3. Kritikal : 1-3 bulan
Bahagian Pengurusan
Bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan perhubungan awam dengan efisien dan teratur bagi pegawai dan Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Fungsi Bahagian
- Menguruskan hal-ehwal perkhidmatan, pengurusan personal, pengurusan prestasi dan tatatertib. Merancang, melaksanakan dan memantau program latihan dalaman dan luaran.
- Menguruskan kewangan Jabatan.
- Menguruskan aspek pentadbiran am pejabat, pengurusan aset, keselamatan, penyelenggaraan, keperluan logistik dan perhubungan awam.
- Menyelaras pelaksanaan modul/submodul aplikasi HRMIS.
Bahagian Keurusetiaan
Mengurusetiakan mesyuarat-mesyuarat utama SPP dan menguruskan hal ehwal Anggota Suruhanjaya secara cekap dan berkesan.
Fungsi Bahagian
- Mengurusetiakan:Menyelaraskan Kertas-Kertas Suruhanjaya
- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (MSJ);
- Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan (MLRTT);
- Mesyuarat Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (MLRKP); dan
- Mesyuarat Search Committee SPP (MSC).
- Menyelaraskan Kertas-Kertas Suruhanjaya
- Menguruskan Hal Ehwal Anggota Suruhanjaya.
Pejabat Penasihat Undang-Undang
Fungsi Pejabat Penasihat Undang-Undang
- Memberi nasihat undang-undang kepada semua Bahagian di SPP;
- Menggubal, menyemak dan meluluskan dokumen perjanjian, kontrak, memorandum persefahaman dan dokumen lain yang melibatkan SPP;
- Menggubal dan menyemak rang undang-undang, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan dokumen-dokumen perundangan lain di bawah bidang kuasa SPP;
- Mengendalikan kes-kes saman/guaman di Mahkamah yang melibatkan SPP; dan
- Menghadiri Mesyuarat SPP selaku wakil Jabatan Peguam Negara, Mesyuarat Pra Suruhanjaya dan Mesyuarat Pasca Suruhanjaya.
Unit Integriti
Fungsi Unit
- Pengukuhan integriti dan tadbir urus.
- Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) SPP.
- Pematuhan terhadap peraturan semasa yang berkuat kuasa.
- Pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tata kelakuan dan etika di SPP.
Urus Setia Cawangan Sabah dan Sarawak
Fungsi Urus Setia Cawangan
Melaksanakan urusan pengambilan dan perkhidmatan APP di Sabah dan Sarawak seperti berikut:
- Menguruskan permohonan dan urusan temu duga
- Menguruskan tawaran pelantikan
- Menyediakan maklumat berhubung penyiaran iklan permohonan sepanjang masa bagi jawatan yang berkaitan
- Memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim perkhidmatan
- Menguruskan Pengesahan Pelantikan
- Pengesahan Dalam Perkhidmatan
- Pelanjutan Tempoh Percubaan
- Pemberian Taraf Berpencen
- Pelantikan secara Pertukaran Sementara / Pertukaran Tetap / Peminjaman
- Penamatan Perkhidmatan
- Pertukaran Pelantikan
- Memberikan khidmat nasihat bagi pengurusan kes-kes perkhidmatan kepada pihak jabatan dan sekolah
Menguruskan hal ehwal pentadbiran cawangan dan sokongan logistik seperti berikut:
- Menguruskan hal-ehwal perkhidmatan, pengurusan personal, pengurusan prestasi dan tatatertib
- Merancang, melaksanakan dan memantau program latihan dalaman dan luaran
- Menguruskan kewangan cawangan
- Menguruskan aspek pentadbiran am pejabat, pengurusan aset, keselamatan, penyelenggaraan, keperluan logistik dan perhubungan awam
- Menyelaras pelaksanaan modul / submodul aplikasi HRMIS
Melaksanakan aktiviti pengurusan maklumat seperti berikut:
- Memastikan keselamatan dan kawalan ICT serta pematuhan terhadap Dasar Keselamatan ICT (DKICT) di peringkat cawangan
- Merancang dan menguruskan rangkaian dan aset fizikal ICT
- Memberi khidmat sokongan teknikal kepada warga kerja dan pemegang taruh yang menggunakan aplikasi perkhidmatan SPP