Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawab melantik Anggota Perkhidmatan Pendidikan ke dalam perkhidmatan awam. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa melalui MySPP bagi jawatan-jawatan berikut:
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1 | ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bil | Jawatan | Tempat Bertugas | Syarat Permohonan | Maklumat Lanjut | ||||||||||||||||||||||||
1. | Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred1 | Institusi - institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia | 1. Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
a) Bagi tujuan pelantikan ke jawatan perkhidmatan awam, yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut: i) dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau b) Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas. 2. Kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam a) Bagi tujuan pelantikan ke jawatan perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut: i) mata pelajaran Bahasa Melayu (kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan ii) kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan. b) Senarai kursus yang bersesuaian untuk pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan SVM boleh dirujuk pada pautan berikut: Senarai Kursus SVM3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 4. Senarai jawatan Gred 1 yang ditawarkan melalui MySPP:
|
Maklumat lanjut jawatan AKP seperti di pautan berikut: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
|