Alat Kebolehcapaian

 
webmel

URUSAN PENGAMBILAN

  • Urusan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)/Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) akan diselesaikan dalam tempoh lapan (8) minggu dari tarikh permohonan lengkap.
  • Urusan pengambilan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) akan diselesaikan dalam tempoh 10 minggu dari tarikh permohonan lengkap.
  • Pemakluman keputusan temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)/Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) akan dikeluarkan dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh akhir keseluruhan siri temu duga diadakan.
  • Pemakluman keputusan temu duga Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)  akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh akhir keseluruhan zon temu duga diadakan.

URUSAN PERKHIDMATAN

  • Keputusan urusan pengesahan lantikan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pakej setuju terima tawaran lengkap diterima.
  • Keputusan urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP), Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) akan dimaklumkan dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh perakuan lengkap diterima.

URUSAN TATATERTIB DAN NAIK PANGKAT

  • Surat keputusan Tindakan Tatatertib Am Suruhanjaya dikeluarkan kepada pegawai dalam tempoh lapan (8) minggu setelah representasi pegawai, ulasan Ketua Jabatan dan dokumen berkaitan lengkap diterima.
  • Surat keputusan Rayuan Tatatertib Suruhanjaya dikeluarkan kepada pegawai dalam tempoh enam (6) minggu setelah surat rayuan dan dokumen berkaitan lengkap diterima.
  • Surat keputusan Rayuan Naik Pangkat Suruhanjaya dikeluarkan kepada pegawai dalam tempoh lapan (8) minggu setelah surat rayuan dan dokumen lain lengkap diterima.

URUSAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Pemakluman akuan penerimaan aduan yang diterima melalui emel dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  • Maklum balas ke atas aduan diberikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  • Pembayaran bil dalam tempoh 14 hari daripada bil lengkap diterima.

PENGURUSAN MAKLUMAT

  • Memastikan ketersediaan capaian kepada Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sekurang-kurangnya 95%.

URUS SETIA, DASAR DAN PERANCANGAN

  • Minit Mesyuarat Suruhanjaya diedarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas tarikh mesyuarat.
  • Keputusan dasar dimuat naik ke dalam sistem e-Ruling dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas minit Mesyuarat Suruhanjaya disahkan.