Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 5 Tahun 2018 – Pelaksanaan Sistem ePROPER bertujuan memaklumkan keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) berhubung pelaksanaan urusan perkhidmatan secara dalam talian melalui Sistem Proses Perkhidmatan (ePROPER) bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP) yang dilantik di bawah bidang kuasa SPP. Pekeliling ini berkuat kuasa pada 1 Ogos 2018 dan seterusnya membatalkan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2017 – Pelaksanaan Sistem ePROPER (Projek Rintis). Pekeliling ini boleh dimuat turun di SINI