Merujuk kepada iklan permohonan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 di Sabah pada 4 September 2024, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) USC Sabah akan melaksanakan urusan temu duga Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 lantikan secara Kontrak (interim) di Sabah tahun 2024 pada 29 Oktober 2024.
Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI.
https://semakan.spp.gov.my/semakan/index.html
Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Anda tidak tersenarai untuk temu duga ini.’, bermaksud calon tidak melepasi tapisan dan tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga.
PERHATIAN!!
- Calon-calon juga diwajibkan untuk memastikan salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir telah dicop sah benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum menghadiri temu duga.
PERINGATAN!!
- Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
- Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi talian dibawah:
SPP |
NO TELEFON |
EMEL |
SPP USC SABAH |
088 - 488 521 / 522 / 523 |
|