PELAKSANAAN URUSAN TEMU DUGA BAGI GRADUAN PENDIDIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 UNTUK PENGAMBILAN TAHUN 2022 BAGI SEMENANJUNG (SIRI KELIMA)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan melaksanakan urusan temu duga bagi Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk pengambilan tahun 2022 bagi Semenanjung.
Urusan temu duga Siri Kelima yang akan diadakan di George Town, Pulau Pinang dan Kuala Terengganu, Terengganu, melibatkan calon-calon yang memilih pusat temu duga di negeri Pulau Pinang dan Terengganu.
Opsyen – opsyen terlibat adalah seperti berikut :
Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan bagi Jadual Temu Duga (Siri Kelima) di SINI.
SPP berhak untuk tidak menemuduga calon-calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan jawatan seperti yang digariskan di dalam iklan bertarikh 13 Mei 2022. Calon boleh menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.
Bagi temu duga opsyen-opsyen dan lokasi lain, jadual akan dihebahkan secara berasingan dari semasa ke semasa.
Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 bagi calon SIMPANAN untuk sesi temu duga yang dilaksanakan pada 7 hingga 14 Februari 2018 boleh disemak di sini.
Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA
Calon yang berjaya perlu memuat naik, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja dari tarikh hebahan ini dibuat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti di dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dimohon untuk menghantar emel kepada alamat emel iaitu This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Sila kemukakan alamat yang terkini beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi kepada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.