Hebahan Keputusan Temu Duga Graduan Pendidikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG9 (DG41) Tahun 2024 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Pada 16 Julai 2024 hingga 11 September 2024.
Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
- Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 25 Disember 2024. Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
- Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 25 Disember 2024 melalui pautan berikut:
- Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang LENGKAP dalam tempoh yang ditetapkan.
- Calon-calon yang berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.
- Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. :
Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi Bahagian Pengambilan seperti butiran berikut:
Urusan Pengambilan |
||
Ibu Pejabat |
: |
03 – 8893 4019/ 4020 |
Sabah |
: |
088 – 088 – 488 521/ 522/ 523 |
Sarawak |
: |
082 – 537 011/ 015/ 017/ 018 |
Isnin - Khamis |
: |
9.00 pagi – 1.00 petang |
2.00 petang – 4.00 petang |
||
Jumaat |
: |
9.00 pagi – 12.15 tengah hari |
2.45 petang – 4.30 petang |