Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang melaksanakan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2025 di Semenanjung secara berperingkat melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 24 Januari hingga 7 Februari 2025.
Bagi tujuan penambahbaikan proses temu duga dan memudahkan calon, SPP kini menyediakan kemudahan semakan status kelayakan temu duga. Melalui kemudahan ini, calon boleh mengetahui sama ada mereka layak atau tidak untuk dipanggil temu duga sebelum menerima makluman rasmi panggilan.
Semakan status boleh dibuat mulai tarikh hebahan ini melalui pautan berikut:
https://semakan.spp.gov.my
Calon yang layak dipanggil temu duga diingatkan supaya sentiasa menyemak Portal Rasmi SPP daripada masa ke masa untuk mendapatkan butiran terperinci panggilan temu duga dan mengelakkan sebarang maklumat tidak sahih.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan