Accessibility Tools

 
webmel

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) USC Sabah mempelawa individu yang berminat untuk memohon jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1 lantikan secara Kontrak (Interim) bagi mengisi kekosongan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026.

Permohonan hendaklah dikemukakan atau dikemas kini secara dalam talian melalui sistem mySPP.

Pemohon dinasihatkan untuk  meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan  DI SINI  sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian. 

 AKPSABAH2026.jpg

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
 20 APRIL 2026 (ISNIN)


PEMOHON DIINGATKAN AGAR TIDAK MEMBUAT SEBARANG PENGEMASKINIAN DATA SELEPAS TARIKH TUTUP PERMOHONAN. SEBARANG PENGEMASKINIAN YANG DIBUAT SELEPAS TARIKH TERSEBUT TIDAK AKAN DIPROSES ATAU DIPERTIMBANGKAN.  

 

Peringatan:

1. Pemohon diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga. Calon perlu mengemaskini maklumat alamat terkini, emel, nombor telefon, serta jawatan dimohon bagi permohonan jawatan.

2. Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

SPP

NO TELEFON

EMEL

SPP USC SABAH

088 - 488 521 / 522 / 523

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.