Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) USC Sabah mempelawa individu yang berminat untuk memohon jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1 lantikan secara Kontrak (Interim) bagi mengisi kekosongan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026.
Permohonan hendaklah dikemukakan atau dikemas kini secara dalam talian melalui sistem mySPP.
Pemohon dinasihatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan DI SINI sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
20 APRIL 2026 (ISNIN)
PEMOHON DIINGATKAN AGAR TIDAK MEMBUAT SEBARANG PENGEMASKINIAN DATA SELEPAS TARIKH TUTUP PERMOHONAN. SEBARANG PENGEMASKINIAN YANG DIBUAT SELEPAS TARIKH TERSEBUT TIDAK AKAN DIPROSES ATAU DIPERTIMBANGKAN.
Peringatan:
1. Pemohon diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga. Calon perlu mengemaskini maklumat alamat terkini, emel, nombor telefon, serta jawatan dimohon bagi permohonan jawatan.
2. Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:
|
SPP |
NO TELEFON |
EMEL |
|
SPP USC SABAH |
088 - 488 521 / 522 / 523 |
|