Accessibility Tools

 
webmel

 graduan_pendidikan_sabah.jpg

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) USC Sabah  akan melaksanakan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2026 di Sabah bermula 1 Julai 2026 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon / mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026.

Urusan temu duga di Sabah akan dilaksanakan bagi opsyen seperti berikut:

OPSYEN

TARIKH TEMU DUGA

LOKASI

BAHASA MELAYU

1 JULAI 2026 HINGGA

2 JULAI 2026

RAIA HOTEL, KOTA KINABALU,

JALAN SEMBULAN, KAMPUNG SEMBULAN,88832 KOTA KINABALU, SABAH

BAHASA INGGERIS

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN KHAS (PRASEKOLAH)

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Sehubungan dengan  itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga diSINI

Peringatan

Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.

Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, Suruhanjaya berhak untuk tidak menemu duga calon.

Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan pertukaran tarikh, lokasi atau opsyen temu duga adalah tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

SPP USC SABAH

NO TELEFON

EMEL

088 - 488 521 / 522 / 523

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.