
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) USC Sabah akan melaksanakan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2026 di Sabah bermula 1 Julai 2026 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon / mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026.
Urusan temu duga di Sabah akan dilaksanakan bagi opsyen seperti berikut:
|
OPSYEN |
TARIKH TEMU DUGA |
LOKASI |
|
BAHASA MELAYU |
1 JULAI 2026 HINGGA 2 JULAI 2026 |
RAIA HOTEL, KOTA KINABALU, JALAN SEMBULAN, KAMPUNG SEMBULAN,88832 KOTA KINABALU, SABAH |
|
BAHASA INGGERIS |
||
|
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN |
||
|
PENDIDIKAN KHAS |
||
|
PENDIDIKAN KHAS (PRASEKOLAH) |
||
|
PENDIDIKAN SENI VISUAL |
Sehubungan dengan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI
Peringatan
Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.
Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, Suruhanjaya berhak untuk tidak menemu duga calon.
Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan pertukaran tarikh, lokasi atau opsyen temu duga adalah tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:
|
SPP USC SABAH |
NO TELEFON |
EMEL |
|
088 - 488 521 / 522 / 523 |
|