Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2025 bagi pelbagai opsyen di Sarawak bermula 06 Mei 2025 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon/mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 24 Januari hingga 07 Februari 2025.
Urusan temu duga di Sarawak akan dilaksanakan di Kuching, Sarawak.
OPSYEN |
PROGRAM |
TARIKH |
PUSAT TEMU DUGA |
AKUAKULTUR PVMA |
PASARAN TERBUKA |
06 MEI – 08 MEI 2025
|
PUSAT TEMU DUGA SPP USC SARAWAK |
BAHASA ARAB |
|||
BAHASA IBAN |
|||
BAHASA INGGERIS |
|||
BAHASA MELAYU |
|||
BIMBINGAN DAN KAUNSELING |
|||
BIOLOGI |
|||
FIZIK |
|||
KIMIA |
|||
KOSMETOLOGI |
|||
MATEMATIK |
|||
MEMBUAT PAKAIAN PVMA |
|||
MOTOSIKAL PVMA |
|||
MUZIK |
|||
PEMBUATAN PERABOT PVMA |
|||
PEMULIHAN |
|||
PENDAWAIAN ELEKTRIK PVMA |
|||
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN |
|||
PENDIDIKAN KHAS |
|||
PENDIDIKAN KHAS SJKC |
|||
PENDIDIKAN MORAL |
|||
PENDIDIKAN MORAL SJKC |
|||
PENDIDIKAN SENI VISUAL |
|||
PENYEDIAAN MAKANAN PVMA |
|||
PRASEKOLAH |
|||
PRASEKOLAH SJKC |
|||
REKA CIPTA |
|||
REKABENTUK DAN TEKNOLOGI |
|||
SAINS |
|||
TANAMAN PVMA |
Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan di SINI.
( https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/P )
Peringatan
- Calon DIWAJIBKAN memastikan salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir telah disahkan (cop sah benar) oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum menghadiri temu duga.
- Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI ( https://www.spp.gov.my/ms/orang-awam/maklumat-jawatan/pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg9-dan-dg5 ) sebelum menghadiri temu duga.
- Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
- Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi Unit Pengambilan SPP USC Sarawak di talian 082-537 000 / 011 / 015 / 017 / 018.