Accessibility Tools

 
webmel

Hebahan Keputusan Temu Duga Graduan Bukan Pendidikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara Contract of Service (COS) Tahun 2023 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Pada 18 September 2023 sehingga 9 November 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

  1. Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 23 Februari 2024.
  1. Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
  1. Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 23 Februari 2024 melalui pautan berikut:
  1. Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  1. Calon-calon yang berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Ibu Pejabat

:

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Urus Setia SPP Sarawak

:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Urus Setia SPP Sabah

:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Semakan boleh dibuat pada waktu seperti berikut:

Isnin - Khamis

 

:

9.00 pagi – 1.00 petang

 

2.00 petang – 4.00 petang

Jumaat

 

:

9.00 pagi – 12.15 tengah hari

 

2.45 petang – 4.30 petang

 

Urusan Pengambilan

Ibu Pejabat

:

03 – 8893 4019/ 4020

Sabah

:

088 – 088 – 488 521/ 522/ 523

Sarawak

:

082 – 537 011/ 015/ 017/ 018