HEBAHAN
PELAKSANAAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (eUKCG)
CALON LANTIKAN CONTRACT OF SERVICE
BAGI
PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 TAHUN 2023
- Hebahan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 pada 7 April 2023 telah menetapkan setiap calon lantikan secara Contract of Service (CoS) perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga.
- Calon-calon berikut perlu menduduki eUKCG:
- graduan BUKAN PENDIDIKAN daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
- graduan BUKAN PENDIDIKAN yang memiliki ijazah sarjana SELAIN Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
- Calon-calon berkenaan diminta untuk melayari pautan berikut bagi menduduki eUKCG secara atas talian:
- Calon-calon dikehendaki mendaftar nombor pin/ kata laluan bermula 11 Mei 2023 sehingga 14 Mei 2023 sebelum diberi akses bagi menduduki ujian tersebut.
- Bagi sebarang pertanyaan calon-calon boleh salurkan kepada:
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - urusan eUKCG 03-8312 6731/ 6768/ 6760/ 6733/ 6693
- Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) - urusan pengambilan 03-8893 4019 / 4020