Alat Kebolehcapaian

 
webmel

logo

HEBAHAN

PELAKSANAAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (eUKCG)

CALON LANTIKAN CONTRACT OF SERVICE

BAGI

PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 TAHUN 2023

 

  1. Hebahan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 pada 7 April 2023 telah menetapkan setiap calon lantikan secara Contract of Service (CoS) perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga.
  1. Calon-calon berikut perlu menduduki eUKCG:
    1. graduan BUKAN PENDIDIKAN daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    2. graduan BUKAN PENDIDIKAN yang memiliki ijazah sarjana SELAIN Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
  1. Calon-calon berkenaan diminta untuk melayari pautan berikut bagi menduduki eUKCG secara atas talian:

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU

  1. Calon-calon dikehendaki mendaftar nombor pin/ kata laluan bermula 11 Mei 2023 sehingga 14 Mei 2023 sebelum diberi akses bagi menduduki ujian tersebut.
  1. Bagi sebarang pertanyaan calon-calon boleh salurkan kepada:
    1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - urusan eUKCG                                                                                              03-8312 6731/ 6768/ 6760/ 6733/ 6693
    1. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) - urusan pengambilan                                                                          03-8893 4019 / 4020