
Hebahan Keputusan Temu Duga Jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1 Tahun 2025 bagi calon-calon yang telah ditemu duga di Sarawak pada 23 September – 02 Oktober 2025.
Calon-calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
- Muat Turun Surat Tawaran:
Calon hendaklah memuat turun dan mencetak Surat Tawaran Pelantikan berserta Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 02 April 2026 (Khamis). Harap maklum bahawa pautan untuk memuat turun dokumen ini hanya akan aktif dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pengumuman rasmi ini dikeluarkan.
- Pemeriksaan Perubatan:
Calon dikehendaki mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin. 1/2013) yang telah dilengkapkan oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan atau swasta). Borang yang telah lengkap hendaklah dimuat naik ke portal SPP dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat tawaran, iaitu tidak lewat dari 02 April 2026 (Khamis) melalui portal mySPP. Berikut adalah arahan muat naik borang pemeriksaan perubatan:
Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan
- Pembatalan Tawaran:
Tawaran pelantikan ini akan terbatal secara automatik sekiranya calon gagal mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang lengkap dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Urusan Penempatan:
Surat Arahan melapor diri / penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada calon-calon yang berjaya.
- Pertanyaan Lanjut:
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi talian telefon tertera:
Harap maklum bahawa keputusan Suruhanjaya adalah muktamad. Sebarang bentuk rayuan atau surat-menyurat mengenai perkara ini tidak akan dilayan.