Accessibility Tools

 
webmel

HEBAHAN_DH9_2026_SPPQ.jpeg

Hebahan Tawaran Pelantikan Calon Simpanan Tahun 2025 Ke Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH9 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Di Sarawak pada  12 dan 13 November 2025.

Calon-calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

  1. Muat Turun Surat Tawaran:

Calon hendaklah memuat turun dan mencetak Surat Tawaran Pelantikan berserta Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2026 (Jumaat). Pautan untuk memuat turun dokumen ini hanya akan aktif dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pengumuman rasmi ini dikeluarkan.

  1. Pemeriksaan Perubatan:

Calon dikehendaki memuat naik Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin. 1/2013) yang telah dilengkapkan oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan atau swasta) ke portal mySPP dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat tawaran, iaitu selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2026. Arahan muat naik borang pemeriksaan perubatan adalah seperti pautan berikut:
Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan

  1. Pembatalan Tawaran:

Tawaran pelantikan ini akan terbatal secara automatik sekiranya calon gagal mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang lengkap dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  1. Urusan Penempatan:

Surat Arahan Melapor Diri / Penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada calon-calon yang berjaya.

  1. Pertanyaan Lanjut:

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPP di spp.spab.gov.my atau dengan menghubungi talian telefon yang berikut:

CONTACT_SPPQ.png