Accessibility Tools

 
webmel

AKP_IMAGE_1023KB.png

Tawaran pelantikan calon simpanan ke jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi calon-calon yang ditemu duga di Sarawak pada tahun 2025 boleh disemak di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

  1. Muat Turun Surat Tawaran: Calon hendaklah memuat turun dan mencetak Surat Tawaran Pelantikan berserta Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 27 Julai 2026 (Isnin). Pautan untuk memuat turun dokumen ini hanya akan aktif dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pengumuman rasmi ini dikeluarkan.

  2. Pemeriksaan Perubatan: Calon dikehendaki memuat naik Lampiran UP.1.3.10(A) Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin. 1/2013) yang telah dilengkapkan oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan atau swasta) ke portal mySPP dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat tawaran, iaitu selewat-lewatnya pada 27 Julai 2026. Arahan muat naik borang pemeriksaan perubatan adalah seperti pautan berikut:

    Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan

  3. Pembatalan Tawaran: Tawaran pelantikan ini akan terbatal secara automatik sekiranya calon gagal mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang lengkap dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  4. Urusan Penempatan: Calon-calon yang telah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan akan menerima Surat Arahan melapor diri/penempatan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tertakluk kepada pertimbangan Suruhanjaya ini.

  5. Pertanyaan Lanjut: Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPP di spp.spab.gov.my atau dengan menghubungi talian telefon yang berikut:

    SPPQ_contact.png