
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga bagi jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Sarawak tahun 2026 secara berperingkat bagi Zon Miri pada 06 Oktober hingga 09 Oktober 2026 melibatkan calon yang telah memohon / mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 7 April hingga 21 April 2026.
Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu bagi Siri 2 – Zon Miri di SINI.
PERHATIAN
1. Calon hendaklah memastikan salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran TERKINI telah dicop sah benar oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) manakala dokumen sokongan lain yang berkaitan perlu disahkan sebagai “Salinan Asal Diakui Sah” oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) Perkhidmatan Awam sebelum menghadiri sesi temu duga.
2. Mengambil kira situasi jerebu dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa, pihak SPP USC Sarawak mencadangkan langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua calon terjamin. Sekiranya perkara ini berlaku, hebahan rasmi akan dimaklumkan melalui emel yang berdaftar di MySPP.
PERINGATAN
- Panggilan temu duga ini tertakluk kepada tapisan dan semakan ke atas maklumat yang dikemukakan oleh calon semasa membuat permohonan.
- Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Anda tidak tersenarai untuk temu duga ini.’, bermaksud calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga ini. Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
- Sekiranya calon didapati mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:
