Accessibility Tools

 
webmel

Poster_Panggilan_Temu_Duga_PPP_DG9_2026_1020KB.jpg

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Fasa 2 Tahun 2026 di Sarawak pada 3 dan 4 November 2026 melibatkan Graduan Pendidikan Pasaran Terbuka yang telah memohon / mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026.

Urusan temu duga di Sarawak akan dilaksanakan bagi opsyen sepertii berikut:

opsyen_iv_SPPQ_2026.png

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI .

PERHATIAN

Calon hendaklah memastikan salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran TERKINI telah dicop sah benar oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) manakala dokumen sokongan lain yang berkaitan perlu disahkan sebagai “Salinan Asal Diakui Sah” oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) Perkhidmatan Awam sebelum menghadiri sesi temu duga.

PERINGATAN

Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.

Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan pertukaran tarikh, lokasi atau opsyen temu duga adalah tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

SPPQ contact

 

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
URUS SETIA CAWANGAN SARAWAK