Accessibility Tools

 
webmel

pppt_simpanan_2026.jpg

 

Hebahan Tawaran Pelantikan Calon Simpanan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH9 Tahun 2025 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Di Sabah pada  1 Oktober 2025.

Calon-calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

1. Mencetak Surat Tawaran & PSTT

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 10 Mac 2026  kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.

2. Mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan

Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 10 Mac 2026  melalui portal mySPP. Berikut adalah arahan muat naik borang pemeriksaan perubatan:

3. Pembatalan Pelantikan

Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang LENGKAP dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Surat Penempatan

Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada calon-calon yang berjaya.

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi talian dibawah:

 SPP USC SABAH

NO. TELEON

E-MEL

088 - 488 521 / 522 / 523 

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.