Accessibility Tools

 
webmel

pangilan td pppt

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH12 dan Gred DH9 di Semenanjung Tahun 2026 pada 18 November 2026 melibatkan calon yang telah memohon / mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 27 Ogos 2026 hingga 10 September 2026.

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI.

Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Anda tidak tersenarai untuk temu duga ini.’, bermaksud calon tidak melepasi tapisan dan tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga.

PERHATIAN!!

  1. Calon-calon yang memiliki Sijil Kompetensi/ Sijil Profesional dikehendaki membawa bersama sijil asal beserta salinan semasa menghadiri sesi temu duga.
  2. Calon-calon yang memiliki pengalaman kerja diingatkan untuk melengkapkan ruangan ‘Pengalaman Kerja’ pada Borang Maklumat Calon yang dilampirkan.

 PERINGATAN!!

  • Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan pertukaran tarikh, lokasi atau bidang temu duga adalah tidak akan dipertimbangkan.
  • Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi talian dibawah:

Contact Pengambilan