
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan sukacitanya mengumumkan keputusan temu duga bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Tahun 2025 Opsyen Bahasa Melayu bagi Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.
Hebahan ini melibatkan Graduan Pendidikan yang telah menghadiri sesi temu duga pada 28 Oktober 2025 hingga 20 November 2025.
Nota Penting: Bagi Graduan Bukan Pendidikan yang menghadiri temu duga pada tarikh yang sama, keputusan rasmi hanya akan dihebahkan pada 2 Mac 2026.
Calon yang terlibat dipelawa untuk menyemak status keputusan temu duga masing-masing melalui pautan rasmi SPP di SINI.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
- Muat Turun Surat Tawaran:
Calon hendaklah memuat turun dan mencetak Surat Tawaran Pelantikan berserta Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 13 Mac 2026 (Jumaat). Harap maklum bahawa pautan untuk memuat turun dokumen ini hanya akan aktif dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pengumuman rasmi ini dikeluarkan. - Pemeriksaan Perubatan:
Calon dikehendaki mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin. 1/2013) yang telah dilengkapkan oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan atau swasta). Borang yang telah lengkap hendaklah dimuat naik ke portal SPP dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat tawaran, iaitu tidak lewat dari 13 Mac 2026 melalui portal mySPP.
Berikut adalah arahan muat naik borang pemeriksaan perubatan:
Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan
- Pembatalan Tawaran:
Tawaran pelantikan ini akan terbatal secara automatik sekiranya calon gagal mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang lengkap dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Urusan Penempatan:
Calon dinasihatkan agar sentiasa merujuk Portal e-Graduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa untuk sebarang maklumat terkini berkaitan urusan kemas kini data dan penempatan.
- Pertanyaan Lanjut:
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPP di spp.spab.gov.my atau dengan menghubungi talian telefon yang berikut:
Ibu Pejabat
03-8893 4019/4020
Sabah
088-488 521/ 522/ 523
Sarawak
082-537 011/015/017/018
Harap maklum bahawa keputusan Suruhanjaya adalah muktamad. Sebarang bentuk rayuan atau surat-menyurat mengenai perkara ini tidak akan dilayan.