Accessibility Tools

 
webmel

pangilan td pppt

Merujuk kepada iklan pada 3 – 17 September 2024, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH47, Gred DH41 dan Gred DH29 lantikan secara Kontrak (Interim) di Semenanjung tahun 2024 pada 13 – 14 November 2024.

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI.

Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Anda tidak tersenarai untuk temu duga ini.’, bermaksud calon tidak melepasi tapisan dan tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga.

PERHATIAN!!

  1. Calon-calon yang memiliki Sijil Kompetensi/ Sijil Profesional dikehendaki membawa bersama sijil asal beserta salinan semasa menghadiri sesi temu duga.
  2. Calon-calon yang memiliki pengalaman kerja diingatkan untuk melengkapkan ruangan ‘Pengalaman Kerja’ pada Borang Maklumat Calon yang dilampirkan.
  3. Calon-calon temu duga jawatan PPPT Gred DH29 dikehendaki membawa bersama peralatan-peralatan seperti yang dinyatakan dalam lampiran. Kegagalan membawa peralatan-peralatan seperti yang dinyatakan akan mengganggu sesi temu duga.

 PERINGATAN!!

  • Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi talian dibawah:

Contact Pengambilan