Accessibility Tools

 
webmel

 PPP GRED DG41 1

Tawaran pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 daripada kalangan calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2024 dan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) 2023 yang telah ditemu duga pada 11 Mac hingga 25 April 2024 bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh disemak di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :

  1. Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya 23 Ogos 2024.
  1. Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
  1. Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada  23 Ogos 2024 melalui pautan berikut:
  1. Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  1. Calon-calon yang berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi talian di bawah:

Ibu Pejabat

:

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Urus Setia SPP Sarawak

:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Urus Setia SPP Sabah

:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Semakan boleh dibuat pada waktu seperti berikut:

Isnin - Khamis 

:

9.00 pagi – 1.00 petang

:

2.00 petang – 4.00 petang

Jumaat 

:

9.00 pagi – 12.15 tengah hari

:

2.45 petang – 4.00 petang