Accessibility Tools

 
webmel

PPP GRED DG41 1

Hebahan keputusan temu duga Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG9 Tahun 2025 bagi calon-calon yang telah ditemu duga pada 21 April hingga 29 Mei 2025.

Calon yang terlibat dipelawa untuk menyemak status keputusan temu duga masing-masing melalui pautan rasmi SPP di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

Muat Turun Surat Tawaran:

  1. Calon hendaklah memuat turun dan mencetak Surat Tawaran Pelantikan berserta Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 13 Ogos 2025 (Rabu). Harap maklum bahawa pautan untuk memuat turun dokumen ini hanya akan aktif dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pengumuman rasmi ini dikeluarkan.
  1.  Pemeriksaan Perubatan:

Calon dikehendaki mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin. 1/2013) yang telah dilengkapkan oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan atau swasta). Borang yang telah lengkap hendaklah dimuat naik ke portal SPP dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat tawaran, iaitu tidak lewat dari 13 Ogos 2025 melalui pautan berikut:

    1. Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan
    2. Borang Pemeriksaan Perubatan
  1. Pembatalan Tawaran:

Tawaran pelantikan ini akan terbatal secara automatik sekiranya calon gagal mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang lengkap dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  1. Urusan Penempatan:

Calon dinasihatkan agar sentiasa merujuk Portal e-Graduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa untuk sebarang maklumat terkini berkaitan urusan kemas kini data dan penempatan.

  1. Pertanyaan Lanjut:

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPP di spp.spab.gov.my atau dengan menghubungi talian telefon yang berikut:

contact SPP

Harap maklum bahawa keputusan Suruhanjaya adalah muktamad. Sebarang bentuk rayuan atau surat-menyurat mengenai perkara ini tidak akan dilayan.