Hebahan Keputusan Temu Duga Calon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Tahun 2025 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Pada 13, 14 dan 19 Februari 2025 seperti berikut:
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) (Pentaksiran Khas/ Ulangan);
- Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) - Perakuan Semula
- PISMP (Perakuan Semula KPM);
- Program Pelajar Cemerlang (PPC);
- Program Kembar Praperkhidmatan;
- Contract of Service (CoS) Fasa 1 Tahun 2020;
- Contract of Service (CoS) One-Off Tahun 2022;
- Guru Contract of Service (CoS) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK);
- Guru Interim Tahfiz Tahun 2018; dan
- Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM).
Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 2 Mei 2025. Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 2 Mei 2025 melalui pautan berikut:
Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Calon-calon yang berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat
Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.
Semakan boleh dibuat pada waktu seperti berikut:
Urusan Pengambilan |
||
Ibu Pejabat |
: |
03 – 8893 4019/ 4020 |
Sabah |
: |
088 – 088 – 488 521/ 522/ 523 |
Sarawak |
: |
082 – 537 011/ 015/ 017/ 018 |