- Hebahan pengambilan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 pada 8 dan 12 Ogos 2025 telah menetapkan setiap calon daripada kalangan Graduan Bukan Pendidikan akan dilantik secara Contract of Service (CoS) dan perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga.
- Sehubungan itu, calon-calon daripada kalangan Graduan Bukan Pendidikan dikehendaki membuat semakan kelayakan menduduki ujian eUKCG melalui pautan berikut:
https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/eUKCG
- Sekiranya calon disahkan layak, calon perlu melayari laman eUKCG untuk mendaftar nombor pin/kata laluan bermula 17 September 2025 hingga 24 September 2025. Laman tersebut boleh dilayari melalui pautan berikut:
- Hanya calon yang membuat pendaftaran nombor pin/kata laluan dalam tempoh tersebut akan diberi akses untuk menduduki eUKCG.
- Keputusan eUKCG tidak akan dimaklumkan kepada calon secara individu, sebaliknya akan digunakan oleh pihak Suruhanjaya sebagai tapisan selanjutnya dalam proses pengambilan.
- Bagi sebarang pertanyaan calon-calon boleh salurkan kepada:
- Kementerian Pendidikan (KPM) – urusan eUKCG
03-8312 6731/ 6768/ 6760/ 6733/ 6693
- Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) - urusan pengambilan
03-8893 4019 / 4020