Accessibility Tools

 
webmel

Selaras dengan keputusan Kerajaan agar semua lantikan tetap baharu dilaksanakan secara lantikan Kontrak (Interim) bermula pada 1 Mac 2024, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga lantikan Kontrak (Interim) ke jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi pengambilan tahun 2024 di Semenanjung secara berperingkat bermula pada 29 April 2024 hingga 12 Jun 2024.

Urusan temu duga Siri Kedua akan dilaksanakan pada 6 Mei 2024 hingga 23 Mei 2024 di beberapa Pusat Temu Duga terpilih dengan perincian berikut:

AKP 2024 Siri 2

Bagi lain-lain Pusat Temu Dugajadual akan dihebahkan secara berperingkat dari semasa ke semasa.Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Kedua di SINI.

PERINGATAN

  1. Panggilan temu duga ini tertakluk kepada tapisan dan semakan ke atas maklumat yang dikemukakan oleh calon semasa membuat permohonan.
  1. Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.’, bermaksud calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga ini. Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  1. Sekiranya calon didapati mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

AKP 2024 Siri 2 hubungi