Accessibility Tools

 
webmel

gambar ppp PANGGILAN TEMUDUGA

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi pengambilan tahun 2023 di Semenanjung.

Urusan temu duga Siri Keenam ini akan dilaksanakan di KELANTAN dengan perincian berikut:

OPSYENPILIHAN PUSAT TEMU DUGAPUSAT TEMU DUGA
Bahasa Inggeris

 

 

Kelantan

 

 

KELANTAN

Bahasa Melayu
Pendidikan Islam
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Khas
Pendidikan Seni Visual
Rekabentuk Teknologi
Pendidikan Moral
  • Bagi temu duga opsyen-opsyen lainjadual akan dihebahkan secara berperingkat dari semasa ke semasa.
  • Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.
  • Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga di SINI.

PERINGATAN

  1. Panggilan temu duga ini tertakluk kepada tapisan dan semakan ke atas maklumat kelayakan akademik yang dikemukakan oleh calon semasa membuat permohonan.
  1. Hanya calon yang mempunyai ikhtisas pendidikantelah bergraduasi atau memperoleh keputusan Senat dari Universiti SEBELUM 22 APRIL 2023 sahaja yang layak untuk hadir temu duga.
  1. Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat kelayakan akademik yang tidak memenuhi syarat di atas, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah :

HARIMASA
Urusan Pengambilan 03 – 8893 4019
03 – 8893 4020
Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
2.45 petang – 4.00 petang