Accessibility Tools

 
webmel

SARAWAK: HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) GRED DH41 NEGERI SARAWAK TAHUN 2023

 Merujuk kepada iklan permohonan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 bertarikh tutup 17 Oktober 2023 yang lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Urus Setia Cawangan Sarawak akan melaksanakan urusan temu duga bagi pengambilan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 pada 30 November 2023 ; Khamis.

Calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di pautan di bawah.

https://semakan.spp.gov.my/semakan/jadual_temuduga_view.php

Bagi yang menerima keputusan ‘Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.’, pemohon tidak disenaraikan sebagai calon panggilan temu duga.

PERHATIAN (BAGI CALON YANG DIPANGGIL TEMU DUGA):

  • Sila lengkapkan semua salinan telah diakui sah seperti yang terdapat di Senarai Semak dan Borang Maklumat Calon.
  • Bagi salinan Kad Pengenalan serta Sijil Lahir (sahaja), hendaklah dikemaskini terkini dan dicop sah benar oleh pegawai di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Sila sahkan kehadiran temu duga selewatnya 27 November 2023 melalui pautan yang telah dihantar secara SMS kepada calon.

(Hubungi urus setia Pengambilan sekiranya memerlukan bantuan lanjut)

  • Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat meragukan dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan permohonan, SPP USC Sarawak berhak untuk tidak menemu duga calon tersebut.

PERINGATAN UMUM:

  • Segala keputusan Mesyuarat Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Maklumat lanjut mengenai syarat lantikan jawatan ini boleh disemak di sini.

Maklumat Jawatan

Pertanyaan berkenaan sesi temu duga ini juga boleh dikemukakan dengan menghubungi Unit Pengambilan SPP USC Sarawak seperti di talian tertera:

No telefon      : 082 - 537 000 / 011 / 015 / 017 / 018

Masa              : 8:00 pagi – 4.00 petang (Isnin – Jumaat)

Rehat: 1:00 – 2:00 petang (Isnin – Khamis) 11:45 – 2:15 petang (Jumaat)

Emel               : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.