Accessibility Tools

 
webmel

SARAWAK : Hebahan Keputusan Temu Duga Bagi Pelantikan Tetap Guru Interim Diperaku Kementerian Pendidikan Malaysia Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Tahun 2022

keputusan_temuduga.jpg

Semakan keputusan temu duga bagi pelantikan tetap Guru Interim yang diperaku oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 tahun 2022.

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

TINDAKAN CALON BERJAYA SELANJUTNYA : 

Calon yang berjaya perlu memuat turunmenyimpan dan mencetak mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT). Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.

Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya.