Accessibility Tools

 
webmel

11

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan melaksanakan urusan temu duga bagi Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk pengambilan tahun 2022 bagi Semenanjung.

Urusan temu duga Siri Ketiga yang akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan melibatkan calon-calon yang memilih pusat temu duga di negeri Kelantan.

Opsyen – opsyen terlibat adalah seperti berikut :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Prasekolah
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Khas
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Seni dan Visual
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Reka Cipta

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan bagi Jadual Temu Duga (Siri Ketiga) di SINI.

Calon boleh menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga. SPP berhak untuk tidak menemuduga calon-calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan jawatan seperti yang digariskan di dalam iklan bertarikh 13 Mei 2022.

Bagi temu duga opsyen-opsyen dan lokasi lain, jadual akan dihebahkan secara berasingan dari semasa ke semasa.