HEBAHAN KEPUTUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) TAHUN 2022 – SENAT KE 61 YANG TELAH DITEMU DUGA PADA BULAN JULAI HINGGA SEPTEMBER 2022 UNTUK (ZON SEMENANJUNG, ZON SABAH DAN ZON SARAWAK)
Semakan Keputusan Temu Duga Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Bagi Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2022 – Senat ke 61 Yang Telah Ditemu Duga Pada Bulan Julai hingga September 2022 Untuk (Zon Semenanjung, Zon Sabah dan Zon Sarawak) Boleh Dibuat Di SINI.
Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat
Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.
Maklumat Tambahan:
Bagi calon yang telah ditemu duga tetapi tiada paparan maklumat semasa semakan, sila rujuk emel yang didaftarkan di mySPP.