Accessibility Tools

 
webmel

lain lain hebahan
Hebahan Pelaksanaan Temu Duga Bagi Graduan Universiti Awam Kelahiran Semenanjung Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Untuk Pengambilan Tahun 2020

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan melaksanakan urusan temu duga bagi graduan Universiti Awam kelahiran Semenanjung ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 untuk pengambilan tahun 2020 secara dalam talian menggunakan aplikasi Cisco Webex. Temu duga akan diadakan secara berperingkat iaitu melibatkan Siri Pertama dan Siri Kedua.

Urusan temu duga Siri Pertama akan melibatkan opsyen – opsyen seperti berikut :

  • Pendidikan Bahasa Inggeris;
  • Pendidikan Bahasa Melayu;
  • Pendidikan Matematik;
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan;
  • Pendidikan Khas;
  • Pendidikan Sejarah;
  • Pendidikan Sains; dan
  • Pendidikan Tahfiz.

 

Manakala urusan temu duga Siri Kedua pula akan melibatkan opsyen – opsyen seperti berikut :

  • Pendidikan Automotif;
  • Pendidikan Bahasa Cina;
  • Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling;
  • Pendidikan Fizik;
  • Pendidikan Geografi;
  • Pendidikan Kimpalan dan Fabrikasi Logam;
  • Pendidikan Muzik;
  • Pendidikan Islam;
  • Pendidikan Moral;
  • Pendidikan Seni;
  • Pendidikan Penyaman Udara; dan
  • Pendidikan Reka Cipta.

 

Sehubungan dengan itu, calon – calon yang telah mengemukakan dokumen temu duga dalam tempoh yang ditetapkan dikehendaki menyemak portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan jadual temu duga mengikut opsyen masing - masing. Jadual temu duga akan dihebahkan mengikut siri bagi opsyen - opsyen yang terlibat sahaja.

Selain itu, bagi calon – calon yang telah mengemukakan rayuan untuk dipanggil temu duga, Suruhanjaya sedang membuat semakan dan panggilan temu duga bagi calon – calon yang layak akan dihebahkan secara berasingan kemudian.