Accessibility Tools

 
webmel

Hebahan Tawaran Kepada Calon Simpanan Ke Jawatan Tetap Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Tahun 2021 Bagi Penempatan Di Semenanjung

 keputusan td akp 2

Perubahan status calon simpanan ke jawatan tetap Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bilangan Kedua Tahun 2021 untuk calon-calon yang berstatus calon simpanan bagi keputusan temu duga yang dilaksanakan pada bulan Ogos-November 2020 boleh disemak DI SINI.
 
 
Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 3 September 2021. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.
 
 
Surat Arahan melapor diri akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya dalam masa terdekat.