Accessibility Tools

 
webmel

panggilan td ppp 

Keputusan Lantikan Ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Bagi Calon Simpanan Graduan Universiti Awam Kelahiran Semenanjung Tahun 2019 boleh disemak di sini.

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

 

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja dari tarikh hebahan ini dibuat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dimohon untuk menghantar e-mel kepada alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.