Accessibility Tools

 
webmel

keputusan td ppp 2
HEBAHAN KEPUTUSAN TEMU DUGA CALON PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) (CALON PERAKU SEMULA TEMU DUGA TAHUN 2020) – (PENILAIAN SECARA VIDEO RAKAMAN)

 

Hebahan semakan keputusan temu duga bagi calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) (calon peraku semula temu duga tahun 2020) – boleh semak di SINI.

 

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

 

 

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon dimohon untuk menghantar e-mel kepada alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.