Accessibility Tools

 
webmel

 keputusan td pppt 1

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan tetap Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang telah ditemu duga pada 30 Oktober, 31 Oktober dan 4 November 2019 boleh disemak di https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 15 Januari 2020. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.

Surat Arahan melapor diri akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya dalam masa terdekat.