Accessibility Tools

 
webmel

keputusan td pppt 1

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan tetap Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan Gred DH41 bagi CALON SIMPANAN yang telah ditemu duga pada 23 Julai 2019 hingga 1 Ogos 2019 boleh disemak di https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 9 Julai 2020. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.

Surat Arahan melapor diri akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya.