Accessibility Tools

 
webmel

download

Keputusan temu duga bagi pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 calon PERMATA, bagi sesi temu duga yang telah diadakan pada 1 November 2018 boleh disemak di sini 

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA: 

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja dari tarikh hebahan ini dibuat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti di dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dimohon untuk menghantar emel kepada alamat emel iaitu This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi kepada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.