Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi pengisian perjawatan di Bahagian Permata dan Pusat Permata Kurnia bagi sesi temu duga yang telah dilaksanakan pada 18 Januari 2018 boleh disemak di sini.
Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Bahagian PERMATA.
*Calon-calon yang berjaya adalah dimohon untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT). Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) sama ada SPP Putrajaya, SPP Urus Setia Cawangan Sabah dan SPP Urus Setia Cawangan Sarawak, iaitu mengikut arahan penempatan negeri masing-masing.
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan butiran pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dipohon untuk menghantar emel kepada alamat emel iaitu
Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi kepada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.