Accessibility Tools

 
webmel

result10

Keputusan temu duga bagi Pelantikan Tetap jawatan PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 CALON INTERIM DI NEGERI SARAWAK untuk sesi temu duga yang telah dilaksanakan pada 5 Februari 2018 di Kuching, Sarawak boleh disemak di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak SURAT TAWARAN LANTIKAN dan PAKEJ SETUJU TERIMA TAWARAN (PSTT). Untuk makluman, keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya akan dipaparkan selama enam (6) minggu dari tarikh pengumuman keputusan ini dikeluarkan. Kegagalan calon mencetak dokumen yang dinyatakan akan menyebabkan urusan melaporkan diri terganggu. Suruhanjaya tidak lagi menghantar Surat Tawaran Pelantikan kepada calon melalui pos.

Surat Penempatan bagi tujuan melaporkan diri akan dikeluarkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM). Calon perlu melengkapkan PSTT dalam tempoh 30 hari dari tarikh melaporkan diri dan menghantar PSTT tersebut kepada SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN, URUSETIA CAWANGAN SARAWAK melalui Ketua Jabatan menggunakan Sistem ePROPER. Sekiranya calon gagal melengkapkan PSTT, surat Tawaran Lantikan akan terbatal dengan sendiri selepas tempoh 30 hari dari tarikh calon melaporkan diri.

Selain itu, calon hendaklah mematuhi Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2017 mengenai Pelaksanaan Peraturan Pengendalian Laporan Pemeriksaan Kesihatan Oleh Ketua Jabatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Pendidikan. Calon yang mempunyai masalah kesihatan perlu mengemukakan Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Pin. 1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar kepada Ketua Jabatan untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya terdapat kesilapan MAKLUMAT CALON dalam surat tawaran tersebut, sila maklumkan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN, URUSETIA CAWANGAN SARAWAK dengan segera melalui e-mel (i) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan (ii) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Calon perlu mengemukakan maklumat untuk dihubungi dalam e-mel yang dihantar bagi memudahkan urusan pembetulan maklumat dilakukan.