Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan mengadakan urusan temu duga jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 untuk penempatan Politeknik dan Kolej Komuniti di Sabah yang akan diadakan pada 7 Februari dan 14 Februari 2018. Calon-calon yang dipanggil temu duga pada kali ini adalah terdiri daripada calon yang mempunyai kelayakan dari bidang-bidang seperti Logistik, Pengurusan Pelancongan, Akuakultur, Teknologi Maklumat, Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Pelancongan dan Pengembaraan, Operasi Perhotelan, Kulinari, Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara, Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris, Pengoperasian Perniagaan, Teknologi Elektrik (Pemasangan & Perkhidmatan) dan Penyelenggaraan Bangunan.
Sila ambil perhatian, berikut merupakan TINDAKAN PENTING yang perlu calon lakukan!!!
Calon-calon yang dipanggil temu duga HENDAKLAH :
Memuat turun, mencetak, melengkapkan dan membawa
1. SLIP PANGGILAN TEMU DUGA
2. SENARAI SEMAK serta dokumen-dokumen yang berkaitan (asal dan salinan)
3. BORANG MAKLUMAT serta sekeping gambar berukuran pasport
Kegagalan membawa dokumen yang dinyatakan boleh mengakibatkan urusan temu duga dibatalkan.
Sila semak status panggilan temu duga melalui pautan ini SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA.